THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, May 16, 2010

Sunday, August 9, 2009

hai semua lama mama tak update blog kan....bz sikit lagi-lagi mama tak berapa sihat sejak kebelakangan ni....asyik demam je. batuk mama tak baik-baik lagi....
sekarang mama kat kampung....dah lama tak balik kampung rindoo rasanye...
kebetulan sekolah nana ada kes H1N1. cuti seminggu....dari hari rabu sampai lah hari selasa.mama ni balik butterworth hari selasa la jawabnye...tak bestlah balik awal sekejap je.nak buat macamana kan nana sekolah...

Thursday, June 18, 2009

Renungkanlah ......

Renungkanlah...ibu-ibu di zaman moden ini



WANITA dan kerjaya seringkali dikaitkan dengan bebanan kerja. Sehingga ada di antara mereka tidak terdaya lagi dan malas untuk menggalas kewajipan dan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu di rumah.

Dari pagi sehinggalah lewat petang, mereka sibuk merancang, mengurus dan membina masa depan empayar kerjaya. Ini membuatkan sesetengah urusan yang wajib dipikulnya di rumah dilepaskan kepada pembantu rumah atau orang lain.

Anak-anak dan suami pula merasakan diri mereka terabai gara-gara kerjaya yang dihambat oleh ibu dan isteri. Pengabaian dalam aspek kekeluargaan itu berkaitan tentang penjagaan, penyediaan makanan dan kualiti masa dengan anak-anak tidak terurus. Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi Allah adalah pahala yang besar. (Al Quran Surah At-Taghabun, 64:15). Anak-anak amanah dari Allah s.w.t kepada kita hamba-hambanya. Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani, rohani dan minda. Ramai di antara ibu-ibu sekarang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani. Kurang memberi sentuhan dan belaian kepada anak-anak sedikit sebanyak akan memberi tekanan emosi kepada mereka. Ingatlah wahai ibu-ibu .......Siapa yang tidak mengasihi tidak akan di kasihi. Subhanallah.....Air tangan seorang ibu itu penuh dengan keberkatan dan kebesaran yang Allah berikan. Air tangan ibu jugalah penawar kepada anak-anak. Tanggungjawab menghidangkan makanan dan memberikan sesuap nasi dengan tangan ibu itu sendiri kepada anak-anak , dapat memberikan kebahagian, keredhaan, ketenangan ,kenikmatan kepada keluarga di dunia dan di akhirat. Insayallah dengan berkat kesabaran seorang ibu itu, anak-anak kita tidak akan berjauhan dengan ibubapanya. Renungkanlah.........oh...ibu wanita di muka bumi Allah ini. Galaslah tanggungjawab seorang ibu itu sebaik mungkin walau berkerjaya sekalipun..



Ibu Mithali Isteri Sejati



Ibu Mithali dan Isteri Sejati dalam membentuk sebuah rumahtangga harmoni...

Berdoa memohon keredhan Allah
Membersihkan hati dan pemikiran
Mendidik diri sendiri
Mengamalkan komunikasi dan hubungan kemanusiaan yang berkesan
Mengamalkan suasana persekitaran yang konduksif dan meransang dalam rumahtangga
Membangunkan fizikal dan kesihatan
Membina rumahtanggga berasaskan al-Mu'asyarah(pergaulan dan hidup bersama secara baik dan diredhai Allah)
Muhasabah diri
Seseorang Ibu dan Isteri mesti mempunyai 9 sikap mental yang kuat

Positif terhadap perubahan
Positif terhadap diri sendiri
Positif terhadap kepimpinan
Positif terhadap masalah
Positif terhadap orang lain
Positif terhadap keadaan emosi
Positif terhadap idea kreatif
Positif terhadap membuat keputusan
Positif terhadap qada, dan qadar
Kesimpulannya, untuk menjadi seorang ibu yang baik, mungkin kita boleh mencapainya tetapi untuk menjadi seorang ibu dan isteri yang cemerlang di dunia dan di akhirat, kita perlulah mendalami ilmu keisterian. Oleh itu, berusahalah kita seberapa yang boleh untuk menjadi IBU MITHALI ISTERI SEJATI Renungkanlah.....




Punca Seseorang Suka Melakukan Maksiat



Antara sebab penting yg menjadikan seseorang suka melakukan maksiat dan tidak merasakan bersalah atau terjejas dengan dosa besar bahkan bila buka mulut saja dia akan memakan daging saudaranya sendiri ialah



Ia lupa akan keaiban atau kesalahan dirinya
Ia suka memandang remeh kepada kelemahan sendiri
Ia tidak memuhasabah diri
Ia rasa dirinya bebas dari sebarang kekurangan atau kelemahan
Apabila ia bersalah atau melakukan dosa atau maksiat serta tidak nampak kesalahan itu, bahkan ada saja alasan yang direka untuk menutup kelemahannya,dan nampak kesilapan orang lain ,ini sebesar-besar aib yang dilupai oleh kebanyakkan manusia zaman kini. Lihatlah baik buruk diri sendiri dahulu sebelum menunding jari kepada orang lain.Janganlah di nilai baik buruk seseorang dari keperibadian luaran saja yang penting mereka mempunyai akhlak yang baik, hati yang iklas dan jiwa seseorang itu bersih dari sikap cemburu , hasad dengki dalam dirinya. Renungkanlah...



Rahsia Yang Ada Di Sebalik Derita....



Orang yang ingin hidup bahagia, ada 4 macam yang perlu dijaga, teguh menjaga kehormatan, redha menerima yang sedikit, berbuat kebaikan setiap hari dan memelihara lidah dari perkara keji. Bagi orang yang bahagia, dia tidaklah menganggap istana bukanlah pada rumah yang besar tetapi ianya terletak pada hati yang mendapat keredhaan illahi. Kebahagian yang sejati tidak pernah kelihatan oleh mata, kerana ianya terletak pada jiwa. Kesenangan hati dan ketenteraman jiwa lebih berharga daripada pangkat dan kekayaan.



Menerima Dengan Redha Musibah Yang Menimpa Diri.



Hidup ini penuh dengan dugaan dan ujian.Tanpa ujian dan dugaan, sudah tentu hidup kita yang cuma sementara ini akan menjadi hambar.Sesungguhnya apa saja yang ditakdirkan menimpa diri kita, mempunyai tujuan atau hikmahnya yang tertentu. Hikmah itu pula kadangkala kita sedari setelah sesuatu ujian yang menimpa kita itu berlalu atau langsung tidak kita ketahui sehingga keakhir hayat. Apabila Allah mencintai sesuatu kaum, maka Dia menguji kita. Sesiapa yang reda, ia akan mendapat keredaan Allah dan sesiapa yang marah, ia akan mendapat kemurkaan Allah. Kesimpulannya, keredaan Allah bergantung kepada sikap kita dalam menerima segala ujiannya. Sekiranya kita reda, maka sudah pasti allah akan meredai kita dan menunjukkan laluan yang mudah untuk kita.Yang baik semua datang dari ALLAH , yang buruk semua datang dari kita MANUSIA. Renungkanlah........



Anak yang berjaya dalam pelajarannya adalah anak-anak yang mendapat petunjuk hidayah dari Allah Taala serta berkat doa dari ibubapanya.Renungkanlah..............

Monday, June 15, 2009

2 minggu cuti sekolah......

Minggu pertama cuti sekolah, mama tak pergi mana2 sbb Nana ada kelas tambahan program SPM cuti sekolah. Cuma hujung minggu, mama n family baru bergerak balik ke kampung menghadiri kenduri kahwin di Melaka n Tangkak. Cuti kali ni..erm...puas makan durian...best giler...durian kampung lah katakan.....Berat badan pun sama naik....alamak...

Kak Yong lak tak berapa sihat.....sbb makan durian banyak kot....kesian k.yong.

Minggu kedua pulak....aktiviti membasuh rumah kat melaka.....penat betul....bukan ape diorang datang nakpasang lantai kayu....so kena bersih kan sikit lantai tu...kan.Hari Sabtu hari tu....dah balik ke Butterworth sebab nana ada tuition disebelah petang.....

Saturday, May 30, 2009


hari minggu penuh dgn kenduri kahwin....


Wah...puaslah ujung minggu..... ni tak payah masak.......makan free kat rumah orang kahwin....Dua hari berturut-turut. Yelah minggu ni dah mula cuti sekolah kan. Jadi ramai lah yang buat kenduri kahwin...betul tak..Hari sabtu ni dekat Baling dan hari Ahad pulak pergi ke Alor Star. Mama dah lama tak makan nasi minyak ni.....wah....wah..wah...

Thursday, May 28, 2009

dah lama tak add in dalam blog.......

sebelum ni byk hal nak kene buat.termasuk lah uruskan kak yong masuk ipta ni....
lepas kak yong dah masuk lega rasanye. dalam minggu ni banyak pulak kenduri kahwin..satu kat baling kedah..dan satul lagi dekat alor star . rasa-rasa nye cuti sekolah mingu kedua barulah balik ke selatan, balik kampung. first week cuti sekolah nana byk program kat sekolah.....alah program spm lah ni...so first week school holiday tak pi mana2 ok.....

Monday, May 11, 2009

temankan nurul buat medical check up..

semalam keluar rumah seawal pukul 8.15 pagi pergi ke klinik kesihatan seberang jaya untuk buat medical check up nurul. mula2 mama pi lah kat hospital seberang jaya. Ada stuffnurse tu kata hospital seberang jaya tak ada buat semua ni. so kita org pi lah kata klinik kesihatan. lambat juga services kat klinik tu....sampai pukul 11.45 pagi. mama boleh tahan mengantuk dan boring lah tunggu nurul kat ruang tu. sementara tu sempat lah juga kita org makan kat kantin tu. pagi2 lagi mama makan nasi...takut lapar lama tu menunggu..........kan.

petang macam biasa mama balik rumah siap2 pergi ke gim sampai kul 6.30 petang. malam tak ada ape cuma relax kat umah........