THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, August 9, 2009

hai semua lama mama tak update blog kan....bz sikit lagi-lagi mama tak berapa sihat sejak kebelakangan ni....asyik demam je. batuk mama tak baik-baik lagi....
sekarang mama kat kampung....dah lama tak balik kampung rindoo rasanye...
kebetulan sekolah nana ada kes H1N1. cuti seminggu....dari hari rabu sampai lah hari selasa.mama ni balik butterworth hari selasa la jawabnye...tak bestlah balik awal sekejap je.nak buat macamana kan nana sekolah...

Thursday, June 18, 2009

Renungkanlah ......

Renungkanlah...ibu-ibu di zaman moden ini



WANITA dan kerjaya seringkali dikaitkan dengan bebanan kerja. Sehingga ada di antara mereka tidak terdaya lagi dan malas untuk menggalas kewajipan dan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu di rumah.

Dari pagi sehinggalah lewat petang, mereka sibuk merancang, mengurus dan membina masa depan empayar kerjaya. Ini membuatkan sesetengah urusan yang wajib dipikulnya di rumah dilepaskan kepada pembantu rumah atau orang lain.

Anak-anak dan suami pula merasakan diri mereka terabai gara-gara kerjaya yang dihambat oleh ibu dan isteri. Pengabaian dalam aspek kekeluargaan itu berkaitan tentang penjagaan, penyediaan makanan dan kualiti masa dengan anak-anak tidak terurus. Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi Allah adalah pahala yang besar. (Al Quran Surah At-Taghabun, 64:15). Anak-anak amanah dari Allah s.w.t kepada kita hamba-hambanya. Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani, rohani dan minda. Ramai di antara ibu-ibu sekarang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani. Kurang memberi sentuhan dan belaian kepada anak-anak sedikit sebanyak akan memberi tekanan emosi kepada mereka. Ingatlah wahai ibu-ibu .......Siapa yang tidak mengasihi tidak akan di kasihi. Subhanallah.....Air tangan seorang ibu itu penuh dengan keberkatan dan kebesaran yang Allah berikan. Air tangan ibu jugalah penawar kepada anak-anak. Tanggungjawab menghidangkan makanan dan memberikan sesuap nasi dengan tangan ibu itu sendiri kepada anak-anak , dapat memberikan kebahagian, keredhaan, ketenangan ,kenikmatan kepada keluarga di dunia dan di akhirat. Insayallah dengan berkat kesabaran seorang ibu itu, anak-anak kita tidak akan berjauhan dengan ibubapanya. Renungkanlah.........oh...ibu wanita di muka bumi Allah ini. Galaslah tanggungjawab seorang ibu itu sebaik mungkin walau berkerjaya sekalipun..



Ibu Mithali Isteri Sejati



Ibu Mithali dan Isteri Sejati dalam membentuk sebuah rumahtangga harmoni...

Berdoa memohon keredhan Allah
Membersihkan hati dan pemikiran
Mendidik diri sendiri
Mengamalkan komunikasi dan hubungan kemanusiaan yang berkesan
Mengamalkan suasana persekitaran yang konduksif dan meransang dalam rumahtangga
Membangunkan fizikal dan kesihatan
Membina rumahtanggga berasaskan al-Mu'asyarah(pergaulan dan hidup bersama secara baik dan diredhai Allah)
Muhasabah diri
Seseorang Ibu dan Isteri mesti mempunyai 9 sikap mental yang kuat

Positif terhadap perubahan
Positif terhadap diri sendiri
Positif terhadap kepimpinan
Positif terhadap masalah
Positif terhadap orang lain
Positif terhadap keadaan emosi
Positif terhadap idea kreatif
Positif terhadap membuat keputusan
Positif terhadap qada, dan qadar
Kesimpulannya, untuk menjadi seorang ibu yang baik, mungkin kita boleh mencapainya tetapi untuk menjadi seorang ibu dan isteri yang cemerlang di dunia dan di akhirat, kita perlulah mendalami ilmu keisterian. Oleh itu, berusahalah kita seberapa yang boleh untuk menjadi IBU MITHALI ISTERI SEJATI Renungkanlah.....




Punca Seseorang Suka Melakukan Maksiat



Antara sebab penting yg menjadikan seseorang suka melakukan maksiat dan tidak merasakan bersalah atau terjejas dengan dosa besar bahkan bila buka mulut saja dia akan memakan daging saudaranya sendiri ialah



Ia lupa akan keaiban atau kesalahan dirinya
Ia suka memandang remeh kepada kelemahan sendiri
Ia tidak memuhasabah diri
Ia rasa dirinya bebas dari sebarang kekurangan atau kelemahan
Apabila ia bersalah atau melakukan dosa atau maksiat serta tidak nampak kesalahan itu, bahkan ada saja alasan yang direka untuk menutup kelemahannya,dan nampak kesilapan orang lain ,ini sebesar-besar aib yang dilupai oleh kebanyakkan manusia zaman kini. Lihatlah baik buruk diri sendiri dahulu sebelum menunding jari kepada orang lain.Janganlah di nilai baik buruk seseorang dari keperibadian luaran saja yang penting mereka mempunyai akhlak yang baik, hati yang iklas dan jiwa seseorang itu bersih dari sikap cemburu , hasad dengki dalam dirinya. Renungkanlah...



Rahsia Yang Ada Di Sebalik Derita....



Orang yang ingin hidup bahagia, ada 4 macam yang perlu dijaga, teguh menjaga kehormatan, redha menerima yang sedikit, berbuat kebaikan setiap hari dan memelihara lidah dari perkara keji. Bagi orang yang bahagia, dia tidaklah menganggap istana bukanlah pada rumah yang besar tetapi ianya terletak pada hati yang mendapat keredhaan illahi. Kebahagian yang sejati tidak pernah kelihatan oleh mata, kerana ianya terletak pada jiwa. Kesenangan hati dan ketenteraman jiwa lebih berharga daripada pangkat dan kekayaan.



Menerima Dengan Redha Musibah Yang Menimpa Diri.



Hidup ini penuh dengan dugaan dan ujian.Tanpa ujian dan dugaan, sudah tentu hidup kita yang cuma sementara ini akan menjadi hambar.Sesungguhnya apa saja yang ditakdirkan menimpa diri kita, mempunyai tujuan atau hikmahnya yang tertentu. Hikmah itu pula kadangkala kita sedari setelah sesuatu ujian yang menimpa kita itu berlalu atau langsung tidak kita ketahui sehingga keakhir hayat. Apabila Allah mencintai sesuatu kaum, maka Dia menguji kita. Sesiapa yang reda, ia akan mendapat keredaan Allah dan sesiapa yang marah, ia akan mendapat kemurkaan Allah. Kesimpulannya, keredaan Allah bergantung kepada sikap kita dalam menerima segala ujiannya. Sekiranya kita reda, maka sudah pasti allah akan meredai kita dan menunjukkan laluan yang mudah untuk kita.Yang baik semua datang dari ALLAH , yang buruk semua datang dari kita MANUSIA. Renungkanlah........



Anak yang berjaya dalam pelajarannya adalah anak-anak yang mendapat petunjuk hidayah dari Allah Taala serta berkat doa dari ibubapanya.Renungkanlah..............

Monday, June 15, 2009

2 minggu cuti sekolah......

Minggu pertama cuti sekolah, mama tak pergi mana2 sbb Nana ada kelas tambahan program SPM cuti sekolah. Cuma hujung minggu, mama n family baru bergerak balik ke kampung menghadiri kenduri kahwin di Melaka n Tangkak. Cuti kali ni..erm...puas makan durian...best giler...durian kampung lah katakan.....Berat badan pun sama naik....alamak...

Kak Yong lak tak berapa sihat.....sbb makan durian banyak kot....kesian k.yong.

Minggu kedua pulak....aktiviti membasuh rumah kat melaka.....penat betul....bukan ape diorang datang nakpasang lantai kayu....so kena bersih kan sikit lantai tu...kan.Hari Sabtu hari tu....dah balik ke Butterworth sebab nana ada tuition disebelah petang.....

Saturday, May 30, 2009


hari minggu penuh dgn kenduri kahwin....


Wah...puaslah ujung minggu..... ni tak payah masak.......makan free kat rumah orang kahwin....Dua hari berturut-turut. Yelah minggu ni dah mula cuti sekolah kan. Jadi ramai lah yang buat kenduri kahwin...betul tak..Hari sabtu ni dekat Baling dan hari Ahad pulak pergi ke Alor Star. Mama dah lama tak makan nasi minyak ni.....wah....wah..wah...

Thursday, May 28, 2009

dah lama tak add in dalam blog.......

sebelum ni byk hal nak kene buat.termasuk lah uruskan kak yong masuk ipta ni....
lepas kak yong dah masuk lega rasanye. dalam minggu ni banyak pulak kenduri kahwin..satu kat baling kedah..dan satul lagi dekat alor star . rasa-rasa nye cuti sekolah mingu kedua barulah balik ke selatan, balik kampung. first week cuti sekolah nana byk program kat sekolah.....alah program spm lah ni...so first week school holiday tak pi mana2 ok.....

Monday, May 11, 2009

temankan nurul buat medical check up..

semalam keluar rumah seawal pukul 8.15 pagi pergi ke klinik kesihatan seberang jaya untuk buat medical check up nurul. mula2 mama pi lah kat hospital seberang jaya. Ada stuffnurse tu kata hospital seberang jaya tak ada buat semua ni. so kita org pi lah kata klinik kesihatan. lambat juga services kat klinik tu....sampai pukul 11.45 pagi. mama boleh tahan mengantuk dan boring lah tunggu nurul kat ruang tu. sementara tu sempat lah juga kita org makan kat kantin tu. pagi2 lagi mama makan nasi...takut lapar lama tu menunggu..........kan.

petang macam biasa mama balik rumah siap2 pergi ke gim sampai kul 6.30 petang. malam tak ada ape cuma relax kat umah........


Tuesday, May 5, 2009

last week balik tangkak, faqihah
sakit...

lepas nana balik sekolah, mama n family terus bertolak ke shah alam..kesian faqihah..
dah lah kecik sakit je..tak sampai hati kita org tengok...lepas tu tangan masuk drip alamak mesti sakit.malam tu juga kitaorg balik tangkak.
esok lak mama pergi tengok rumah.pergi beli tiles lagi untuk dapor.kat hall ruang tamu pulak ada problem kena pecahkan sebabnye simen tak stabil.
mama balik ari ahad pagi sebab nana ade tuition disebelah petang.sebelum tu mama singgah sekejap kat kl.

Thursday, April 23, 2009

rutin yang sama



hari ni mama tak pergi mana2. rutin mama macam biasa masak,pergi gim, lepak kat umah. menu mama hari ni simple je nasi lemak. dah lame mama tak masak nasi lemak. mama ingat hari ni nak ajak nana n kakyong pergi tengok wayang. tak tahu lagi nak tengok cite ape. ape2 yang ade lah. hubby mama hari ni pulak balik tangkak selama 4 hari 3 malam sebab nak tengok umah kat melaka. sekarang dia org tengah pasang lantai. cepatlah siap rumah tu..




hari ini tiada aktiviti..




rutin macam biasa masak, pergi gim lepak kat umah..
hari ni mama ingat nak masak nasi lemak lak pulak..
hubby mama pergi balik tangkak 4 hari..balik tu nak tengok umah melaka yang tengah buat. maybe hari ini nak ajak anak-anak mama tengok wayang cite ape2 yg ade. tak tahu lagi cite ape.

Wednesday, April 22, 2009

hari ni mama masak ikan terggiri masak asam pedas..

tak tahu nak masak ape hari ni.....semalam mama dah masak soto. abis soto tak de yang tinggal.
kalau tak bazir pulak makanan tu...

minggu ni hubby tak pergi tengok umah melaka.... ade kat butterworth. so minggu ni mama masak lebih sikit. petang sikit mama dengan kakayong nakk keluar pergi beli baju kurung. kak yong nak pakai masa belajar nanti. agak2 dalam 5 pasang dengan tudung sekali.


kak yong dapat tawaran matrik


hari ni tak de cite....cume kakyong dah dapat surat matrik ke pulau pinang..


oklah dekat sikit, belajar kat matrik tu selama 1 tahun je..tak lama..

so kak yong tengah prepare borang2 , barang2 yang hendak di beli banyak tu..

sebelum ni kak yong tak pernah duduk di asrama...so kenalah prepare awal sikit.

alamak boring lah mama lepas ni.tak de orang nak bercakap.kuranglah bercakap nampak nye..



sambung cite pergi kursus....


kursus yang mama pergi hari tu ok lah just nak dapat experience dan information tentang penanaman cili kampung tu.....

so interesting tapi modal untuk buat tanaman cili ni agak mahal jugak..


tapi cuma permulaan saja. lepas tu hasil tanaman yang kita dapat boleh tahan banyak, takut tak terjual pulak cili kampung tu.




Monday, April 20, 2009

kursus fertigasi tanam cili padi
Hari jumaat yang lalu, mama balik tangkak bersama kak yun. kita orang bertolak pukul 1o.oo pagi. mama singgah sekejap di kl rumah mak mertua di gombak, tanya khabar. emak dan bapak mertua sihat walafiat. pukul 4.15 bertolak balik ke tangkak. mama sampai di tangkak pukul 6.30 petang. sampai di tangkak, faqihah ada kat umah. best giler dapat main dengan dia. hilang penat mama...
keesokan harinye..mama dan kakyong pergi ke pagoh jam 7.45 pagi. sampai sana pukul 8.00 pagi..singgah sekejap kat kedai makan di bangunan pekembar. mama makan mi hun dgn karipap kak yong pulak makan nasi nasi goreng dgn mi hun. dan jadi kan cite tempat yang mama nak pergi tu bukan kat situ. tempat lain pulak dah, so mama pergi depan sikit..di dewan seberguna.
kursus start jam 10.00 pagi. yang menghadiri kursus hanya 7 orang saja termasuk kakyong. 2 kali makan. lauk yang dihidangkan sememangnye sedap.
sebelah petangnye pulak, mama pergi ke kebun untuk melihat sendiri keadaan sebenar kebun cili kampung. seronok tapi panas terik teramat sangat. kursus abis jam 3.30 petang. habis cepat. kalau diikutkan kursus habis pukul 5.00 petang. lega rasa.

ada lagi cite ni belum abis nanti kita sambung ok...


Thursday, April 16, 2009

hubby ku pergi jakarta indonesia

suami mama pergi ke jakarta indonesia selama 5 hari 4 malam pengalaman yang agak boring katanye...bukan ape situasi di sana dengan udara nye agak berdebu dan suasana bandarnya agak kotor sedikit....eh bukan sedikit tapi banyak..... banyaklah beza kalau dibandingkan dengan negara kita malaysia.... wah bangga gitu . makanan di sana kena berhati-hati sikit ya sebab kebanyakkan gerai-gerai di tepi jalan mereka menjual makanan non halal. oh..oh...tikus pun diaorang makan...bila digoreng nampak sebiji macam ayam goreng.....so hati-hati sikitlah ya.... .

hubby mama pergi sana just window shopping saja...memanglah barangan disana murah-murah belaka..tapi tiada kualiti katanye..... kalau hubby mama beli takut mama tak suka pulak, so hubby mama just nak ambil pengalaman saja pergi sana ...bila nak shopping sakan, baru lah bawa family ikut sama-sama baru best...

Sunday, April 12, 2009

lamanye tak update......buzy sikit...

wa......lamanye tak update....mama bukan ape cuma sibuk sikit....sorylah ye.....


ari ni ada masa untuk mama update..........blog yg dah lame tingal ni..dalam 1 setengah bulan kot..mak ai.....lamanye.....


so.... hari ni mama just lepak kat umah je tak pi mana-mana dah....cause y dalam minggu ni mama banyak sangat aktiviti kat luar rumah.mana tak nye pergi services kereta, services tayar, pi banklah, hantar nana pi sekolah , dan banyak urusan yang kena buat....sangat lah penat...


sampaikan hari selasa hari tu mama start demam dan batuk teruk. hari ini dah ok lah sikit cuma suara mama tak keluar ............garau semacam.....


hari jumaat ari tu nana belanja mama dan kakyong makan steamboat johnny di jusco and then tonton wayang midnight lagi....best gitu...


esoknye pulak mama , k.yong, nana jalan-jalan pulak kat gurney ...saja2 window shopping,makan2,tonton wayang...cite jangan tegur...takutlah juga sbb sound effect dia kuat ..abis je lepas tu kitaorang balik...


wa....bestnye dapat release tention n keluar sama-sama dgn family...bahagia selalu...




Wednesday, February 4, 2009

hari ni cuaca panas sgt........


hari ni mama masak awal sikit.......

bangun pkl 5.00 pagi .....terus masak nasi lemak......

nana siap bawak bekal lagi gi sekolah........


kul 6.30gagi mama siap2 dan hantar nana pi sekolah....

lepas 2 mama terus pi gim.....(selalunye pergi petang) tapi sekarang tak leh gi petang....

cuaca terlalu panas....tak hujan-hujan pun..... tak tahanlah....sakit kepala dibuatnye...
cuaca kering macam ni jangan lupa minum air sekerap yang mungkin....nanti takut demam
pulak...ok. mama pulak tak tahan dengan cuaca panas sebab ia boleh menyebabkan mama rasa
letih dan mengantuk. cuaca sejuk tak pe mama boleh tahan daripada cuaca panas kering.
mama ingat petang ni mama nak pi jusco beli barang dapor sikit........sementara tunggu diaorng
balik sekolah.
Agenda malam seperti biasa lepak kat umah.....malas dah nak keluar....tengok tv......lepas tu
tido......

Sunday, February 1, 2009

first time on blog..




ari ni tak de benda nak buat......aku create blog aku sendiri.....best jugak.. relak gitu..


bangun tido kul 6.15 pagi..solat lepas tu start mengemas rumah. Ari nie ingat terus masak untuk tengahari....tak payah masak breakfast.. tak de sapa kat rumah kecuali aku n kak yong. Today special dish ikan parang masak sambal , ayam masak tom yam ( favourite kak yong) semestinye.., ikan goreng n sayur. Memandangkan kak yong dah tak sekolah , kerja-kerja membasah baju dan melipat baju , kak yong yang buat. relak sikit...




Petang kul 2.00 ptg antar kak yong pi kelas mengajar kat sekolah. Sampai lah pukul 5.00 ptg. Aku pulak pi pulak kat gim center... lepak kat sana sampai kul 5.00 ptg. nana lak balik sekolah lambat sebab dia ada latihan sukan...sampai kul 6.00 ptg. balik pulak prepare makan dinner untuk my hubby n family.




Tonight is time for me to spend time with my family........